Wednesday 2 April 2014

throwback

Hari ni sudah setahun konvo aku yg bertarikh 02042013. Kenangan ini xdapat dilupakan. FOREVER. 
Kali ni, konvo kawan baik aku masa aku susah senang. alangkahnya kalau aku ada di situ berkongsi hepi dgn mereka. sbb dia nak aku ada di sana jugak.
tapi aku xdapat gi pulakk. sebab esok ada sukan perdana di tempat kerja aku.
adeiii. tp xpa... hari lain kan ada.. so aku boleh gi sana bila2 masa nahh.hehe.
aku rindu kawan2 yg spesel ni. haa.. tunggu aku ye.
aku memang rindukan kenangan kita masa di poli dulu2..
memang terbaikkkk ! ! !

Ni kawan2 pompuan yg spesel masa di poli..

Jamuan Perpisahan KKA Sesi Jan 2010

Persembahan Koir tahun 2011

Majlis Mesra Bersama Media tahun 2009

Inilah kawan2 baik aku akan konvo harini (02042014).
Tahniahhhhh ! ! !

*bulan Mei ni agaknya aku nak datang.. Harap2nyaaa*


Sunday 23 February 2014

Kalau boleh . . .

Nak lupakan semuanya. Sokonglah aku apabila aku memerlukannya.

Wednesday 22 January 2014

Terkenang balik :(

Assalamualaikum. Lama gila xupdate di sini. Bukan pe, xda masa nk update blog ni. Maklum la skg ni dah langkah dunia pekerjaan. Umur dah naik pulak. Ada la rasa nak kawen aje. Hehehe. 

Ni aku sempat update sbb aku terkenang balik masa poli dulu2. Dan juga teringat arwah kawan2 aku. erm.. Syahdu betul bila teringatnya. Syakiera, Liyana, dan Fauzy. Mereke ni kawan saya semasa belajar di poli. Mereka masih muda lagi. Arwah Syakiera ni kawan sekelas aku dan merupakan kawan rapat aku di poli. Beliau ni macam sayangkan aku lagi sebab aku hanyalah seorang insan istimewa. Misalnya, beliau sudi bantu aku ketika aku susah senang masa belajar. Terlalu banyak kenangan bersama beliau. Tapi, Allah Maha Yang Esa yang menyayanginya. (Semoga arwah mu bersemadi dgn tenang. Aminnn) 

Arwah Liyana pulak mcm adik aku sndiri. Dia sentiasa layan aku mcm kakak dia sendiri. Sebab beliau tau aku ni seorang insan instimewa. Dan last tu dia kata nak jumpa aku sebab lama xjumpa. (Masa tu dia tukar poli ke Perlis) . So aku gi la jumpa dia memandangkan pada masa tu aku dok free lagi. Tak sangka, lepas beberapa hari je, beliau telah pergi menghadap pada IllahiNya. Apakah daya, Allah lebih menyayanginya daripada kami semua. Al-fatihah buat mu, arwah adik ku. tenang lah di sana ye. InsyaAllah.

Arwah Fauzy ni serupa gak dgn aku iaitu insan istimewa. Masa tu, kami xberapa rapat sangat. Hanya saling bantu membantu sekiranya ada masalah. Dia mmg baik dgn semua dan seorang pendiam. Lepas tamat konvokesyen, beliau teruskan hidup macam biasa. Tapi beliau ada penyakit jantung. (tak sure la). Dulu, beliau penah masuk wad. Sebab masa tu dia macam sesak nafas aje. Dan Allah SWT jugak menyayanginya. Arwah ni mempunyai seseorang yg sangat menyayanginya. Kesian pulak aku tengok seorang gadis yang mendambakan kasih sayang oleh arwah Fauzy. (Semoga gadis tu sentiasa tabah. Amin) . Moga arwah Fauzy bersemadi dgn aman. Amin.


Mood aku masa ni adalah SEDIH  :(


Tuesday 30 April 2013

....

Assalamualaikum..apa khabar korang??
harap2 korang sihat2 ja dan sentiasa hepi..
hmm aku xsihat..xsihat sgt2 ni..
SEBAB
sakit hati+geram+nyampah hampehh!

semalam adalah hari besday aku..sepatutnya hari tu hari yg
sangat happy !
tp sebaliknya pulak..
aku..aku..aku SAKIT HATI ada la !
(sorry eh,aku xnk cite kat sini..xde MOOD)



lepas ni aku xtau nk buat pa dah..
(nk merepek sat..)
dan terima kasih kerana buat aku mcm ni..
pasni xyah dngar dh..

seolah2 aku bkn sesiapa bg kmu
(orang yg ade kaitan dgn aku shja..so jgn pk bkn2 eh..)
so far, semalam hari besday yg paling tak BEST !!


Ya Allah,kuatkan hati aku yg LEMAH ini..aku hanyalah insan biasa...
aku benar2 perlukan keredhaanMU,ya Allah..dan ampunkan dosa2ku atas segala2nya.
berilah ketabahan supaya aku bersabar lg..



AMIN...




Thursday 11 April 2013

konvo !

assalamualaikum..
ni aku nk habaq ...aku nak citer pasal konvo aku berlangsung baru2 ni..
haritu aku pi IPOH pada 29 MAC..awal sgt pulak masa tu..hehe
tp xapa,boleh lepaskan rindu jumpa kawan2 yg dok kamsis tuh..namanya ASILA..tgok bawah sat..



dia lah NOOR ASILA BINTI ABU THALIB (huh,masih ingat nama penuh dia pulak.huhu..)
dia la bekas rumate masa aku dok kamsis dulu..umo pon sebaya jugak..(teringat balik memori)..
masa tu kami keluar 'berdating',ade org kata aku ni kakak dia ka?(ceh,aku nmpk tua sgt ka?)aku jawab aku bukan kakak dia la..kami kawan la oii..sepatutnya dia kakak aku sebab dia lahir bulan mac..(sabar la hati ini oii)..yola,muka dia muda aje dan kebudak2an..ciss..okey,aku jumpa kawan2 yg lain gak..dan kawan baru pulak tu..budak sem 1..aku dh lama abis belajar.tahun lepas lagi..huhu..

kemudian,selepas 3hari seterusnya tu,aku pi raptai konvokesyen di PUO pada 1 April 2013..amat penting gak utk hadir raptai ni..sapa yg xpi,mmg rugi la..sebabnya bnyk yg kita kena tahu pasal how nk amik sijil anugerah kat atas pentas tuh..huh..mmg dup dap masa tu..(maklum la first time oii) dan last sekali jumpa kawan2 yg dok satu kelas DKA dulu2..puas rasanya dpt jumpa kawan semula..ada yg sambung belajar,ada yg sudah kawen(itu satu impian aku !),ada yg punyai kerja masing2..(aku lupa amik gmbr dgn kwn2 sekelas DKA..aduii)

pada 2 April 2013 tu,bermula la konvokesyen aku sesi petang di Dewan Jubli Perak,PUO (pukul 2ptg mcm tu la)..aduii..hati aku masa tu mmg xtau nk kata pa..ada rasa 'dahsyat'..first time la ni..wakakaka...okey,pastu lak aku dok tnggu giliran aku dan terus ade semangat nk amik sijil bermakna tu..hehe..dan tamat pada pukul 5 petang,aku dan para graduan terus kuar dari dewan,aku terus cari mak abah yg trcinta..last2 mak bagi bunga yg original(bukan bunga plastik tau) kat aku..diorg amat bermakna bagi hidup aku..diorang la buat aku terus2 belajar sampai habisssss...(tringat memori balik)..pastu 3org kawan bg hadiah kat aku gak..terharu weii..sekian itu ja la aku citer dgn korang..skg ni nk bg korang tengok2 pulak..sila tengok bwh eh :

~bersama mak abah yg tercinta~


~dgn best friend masa poli~


dgn kawan sekelas, TAUFIQ


dgn pkah,tasya,illi


kami para GRADUAN


dgn jean KOK dan asila (^_^)


hadiah-hadiah drpd org yg trsyg


haa..itu lah aku leh kongsi dgn korang..memori konvo ni xkan aku lupakan sampai bila2 weii..sebab IPOH banyak menyimpan memori..segala-galanya di IPOH..sejak dari sem 1 sampai aku habis sem 6 (3tahun setengah tau..sbb aku sambung drop lagi). So, jangan mengalah dalam pertempuran ini. Kuatkan semangat.



Tuesday 9 April 2013

sory nahh..

assalamualaikum w.b.t....apa khabar korang ni?maaf la,,sebab lama xupdate blog ni..bkn pe,xsempat nk update sejak sudah ceburi alam pekerjaan ini..hehe..Alhamdulillah..

*nanti aku update lagi nahh..

Thursday 11 October 2012

10 taktik setan untuk pompuan nak buka AURAT~

 Sekarang nie memang ramai kaum wanita membuka aurat dimana sahaja. Alasan pertama adalah panas jika bertudung. Betulkan ? Jom baca strategi syaitan ini menggoda wanita untuk membuka aurat =).
 
 
 
 
 
1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”

3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.
 
 
*astagfirulla'alazim...mudah2an la mintak jauh2 dari benda2 mcm ni..so BERUBAH la jadi pompuan yg menutup aurat dgn cara yg BETUL..berubah sebelum TERLAMBAT~ **selamat mencuba ye !
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved namaakufaten.blogspot.com
Cool Yellow Outer Glow Pointer